Tutorial letak icon comel dalam shoutbox

Assalamualaikum...
Nak tergelak tengok shoutbox saya..Bagi yang nak gelak sama sila jeling ke sebelah kanan anda sebelum ia menghilang.Cute tak?
Ari tu saya ada letak google freind connected tapi macam tak mesra pengguna je.Jadi saya gantikan dengan shoutbox yang lebih peramah.Cuma saya upgrade kan sikit jadi cenggitu comel.
Disebabkan saya dah buat dan menjadi pulak,tak reti-reti nak buat tutorial.Bagi yang dah tahu sila pejam mata.Ini untuk rujukan saya di masa depan..Bagi yang nak buat,silakan.Mari kita mencomelkan shoutbox kita.
Ini contoh shoutmix saya yang dah sedia comel..Mula-mula login ke Shoutmix cam biasa.Klik dibahagian Smiley.Seperti dalam kotak kuning.
Bila dah klik akan keluar bahagian ini.Di bahagian yang dalam kotak tu adalah icon yang terdapat dalam shoutbox saya.Mana dapat?.Boleh cari kat SINI.Macam contoh saya ambik icon ni sebab dia paling kat atas.
Icon lain banyak yang cantik.Kena rajin cari la sebab terlalu banyak.Copy code Direct Link sahaja dan pastekan dalam kotak Smiley Image URL.Di bahagian Code,letak lah apa-apa simbol biasa yang orang selalu taip kat shoutbox macam follow,singgah atau simbol ringkas lain.Scroll ke bawah untuk Save Setting yer.
Kita cuma boleh letak 10 icon sahaja.Kalau nak lebih-lebih kena beli yang premium tapi 10 pun dah cukup banyak.
Jika tak faham tutorial ni,boleh cuba style CIK LADIES.Saya belajar dari sini tapi ikut style saya..Selamat mencuba.

Tutorial letak link kat profile

Assalamualaikum..
Tutorial lagi..kali ni tutorial mudah tapi amat penting kalau kita nak blog yang kita follow menyinggah blog kita balik.Ini pun masih ramai yang tak tau atau tak perasan.
Contoh blog yang tak tinggal link:
Saya tak taulah dah follow Miss Lily ni ke belum sebab bila nak follow,klik kat gambar profile jadi macam tu.Mana link blog dia?Kat celah mana cheq nak singgah blog dia balik?
Bagi yang tak tahu atau tak yakin link kita ada kat gambar profile,boleh ikut tutorial mudah ni.
Mula-mula pergi Dashboard.Klik bahagian Setting.
Klik untuk pembesaran.Bila dah klik Setting.Dalam bahagian ni cari Add to your listing.Ada 2 pilihan:Yes atau No.Tick YES sahaja.
Dibahagian yang sama,tekan Edit displayed blogs.
Akan keluar macam ni:
Tick hanya kotak adress blog kita.Macam saya ada 2 blog.Satu main blog dan satu lagi test blog.Lepas tu Save Setting.Done.Dia akan jadi macam ni bila kita sendiri klik gambar profile kita kat blog yang baru kita follow:
Ada link bukan.Jadi senanglah orang nak singgah kita balik..

Tutorial watermark mudah

Assalamualaikum...
Macam malas je nak berblogging hari ni.Nak berblogwalking lagilah.Dah lama beno tak bw.Tau kenapa?Saya kalau hari mendung,sejuk atau lepas hujan memang malas,suka lengah-lengahkan masa buat sesuatu.If buat pun tanpa sungguh-sungguh...sungguh saya pasif bila hari mendung..
Jadi untuk buatkan saya ceria sikit,saya banyak edit gambar.Nak bagi ala-ala photografer pro ambik gambarlah kononnya.Bukan edit apa pun,just bagi shining sikit dan letak watermark.
Apa fungsi watermark dalam gambar?Watermark tu macam yang anak panah tu:
Ini untuk mengelakkan gambar kita dari dicuri,cilok atau dirampok dari pengopi paste yang berkenan kat gambar anda atau gambar kucing saya kat atas.
Saya buat pakai photoscape je.Ada yang pakai photoshop.Percayalah,pakai photoscape lagi senang.Meh ikut sara saya..
Siapa yang belum download,sila KLIK sini.
Step 1,bukak Photoscape,klik Editor
Step 2,ambik gambar dari mana-mana fail kita.
Step 3,klik Object dan tekan T,seperti anak panah kecik tu.
Klik untuk pembesaran yek..dah klik keluarlah macam ni:
Kat bahagian ni anda boleh pilih apa-apa yang anda berkenan.Warna,kecik besar text,terang atau kabur text.Boleh buat apa sahaja...dah siap tekan OK.Siap sudah watermark anda.lepas tu simpan kat mana-mana fail dalam lappy.Paling senang simpan kat desktop.
Nanti saya akan cuba buat yang ada gambar pulak..

Tutorial buang word verification

Assalamualaikum..
Masih ada lagi yang suka komen box dia terpampang ayat belit-belit macam ni:
Kadang-kadang kita sebenarnya tak perasan pun benda ni terutama bagi orang yang baru dalam dunia blog macam saya nih.Tahu tick je yang mana berkenan.Last-last tak ada orang komen kat entry.Bila masuk segmen review bloggers lama,barulah tahu salah-silapnya blog kesayangan.Cara nak nyahbuangkan terus benda tu,yang dipanggil word verification ialah seperti di bawah.Sesape yang dah tahu,sila pejam mata..
Pergi Dashboard.Klik kat Setting.
Akan keluar macam ni:Klik bahagian Comment..Kalau tak nampak sila klik untuk pembesaran
Didalam page ini,scroll ke bawah sampai jumpa bahagian ini:
Show word verification for comments?Tick NO.Bila dah tick tu Save ler.jangan  lupa save,nanti keluar jugak ayat Pengesahan Perkataan atau dalam englishnya,word verification tu

Tutorial centerkan header

Assalamualaikum..
Baru-baru ni kan saya tukar header.Dah siap save semua,letaklah kat dalam blog.Tetiba headernya terkeluar dari kotak background.Macam ni:
Sila tengok kat anak panah.Kan mencemarkan keseluruhan blog.Sesetengah blog pun ada jadi macam ni.Nakdibuang header atau nak buat lain,memang taklah..sayang.Anda boleh ikut cara saya kalau nak selesaikan masalah tu dengan senang.Ada juga tutorial yang perlu edit code html.Rumit dan susah nak faham.Boleh bertambah rabun kalau lama-lama bercinta dengan code html.Meh ikut cara saya:
Pergi ke dashboard,design,page element dan klik templat designer.Akan keluar macam ni:
Klik Adjust Widths seperti kat anak panah.Seret Entire Blog ke max.Ikut size sesuai dengan bacground kita.Kalau tak puas hati boleh preview dekat background.
Bila dah sizenya bertepatan dan sama,bolehlah Apply to blog.
Taraa...tengok anak panah dan bandingkan dengan gambar first tadi.Tak perlu edit code html bagai..

Tutorial Tab Menu Comel

Asalamualaikum..
Hari ni saya dah belaja buat tab menu.Bukan yang biasa tapi yang comel-comel.Jadi nak share dengan semua terutama bagi yang tak tahu.Yang dah tahu,diam-diam ajer,
Seperti biasa saya cuma pakai photoscape je sebab saya buta photoshop.Lebih baik kita pakai benda yang mudah.
Mula-mula kita bukak photoscape seperti biasa.Klik Editor,lepas tu klik Menu yang atas sebelah kanan:

sila klik untuk gambaran lebih menakjubkan

Klik New Photo,keluar macam ni:
Adjust width dan height.Saya pakai width-128 dan height-64.Nak kecik lagi pun boleh.Adjust jer.
Klik T (seperti yang ditanda).Taip apa-apa pun yang kita nak letak kat tab menu.Pilihlah tulisan dan warna yang kita rasa comel.
Dah siap,save.Simpan kat dekstop atau file mana-mana ye.
Seterusnya upload kat PHOTOBUCKET supaya mudah kita ambik code html yang photobucket bagi.Ini penting.
Langkah seterusnya,bukak dashboard,design,keluar page elements,add a gadget dan klik html seperti biasa.Ambik code yang photobucket bagi dan paste kat Content.
Gantikan url photobucket dengan url yang kita nak letak kat tab menu tu.Kalau home macam saya,dah tentulah link blog kita.Lepas tu klik Rich Text.
Bila klik Rich Text,akan keluar tulisan yang kita nak,ala yang comel tadi.
Taraa...Dah jadi macam ni,kita klik yang bentuk love ni(create link).Highlightkan tulisan tu.
Satu pop up akan keluar mintak kita isi url kita.Isi,klik ok dan save.Siap.Yang penting kita letak tab menu di bawah header.
Kan dah jadi.Kita juga boleh tambah dengan ikut kembali step.Boleh jugak buat semua sekaligus tapi bagi orang yang baru macam saya nih,sloww-sloww la dulu.Kalau nak letak banyak-banyak,taip<center> selepas setiap link.
Entry ni juga sebagai rujukan saya nanti..Buat masa sekarang tak ada lah lagi tab menu ni dalam blog saya.Tunggu saya buat entry banyak-banyak..
 
Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.