Msred's Family

Assalamualaikum..





Ni untuk MSRED sekeluarga sebab dari entry NI dia mintak doodle family.Jadi selepas dikorek-korek FB msred,maka terhasillah doodle family msred ni.

Keterangan gambar-Syamie tu tengah makan aisrim,Qimie monyok sebab msred tak bagi makan aiskrim,dia kan tecik lagi..Msred,hasben Msred dan Iffan tengah fokus depan camera..

Sorry bebanyak msred jika doodle ni tak seperti yang diharapkan.Doodle azzah tak cantik dan sempurna macam doodle THIRAH,NANAD,TENGKU PUTERI,CIK CEMPAKA,DYSHA.Doodle azzah biasa-biasa je..

Harap msred suka,tak suka pun buat-buat la suka...huk..huk..


Sekian..


p/s:ada lagi ka yang nak doodle..PANG!

Doa sebelum dan selepas kerja

Assalamualaikum...











 

Review blog Fatin dan Puan Ram Ram

Assalamualaikum...




Hari ni nak sambung review lagi lah.Ramai pulak yang join..



                                                                       FATIN


Meriah blog adik ni.Ada kelopak bunga berguguran lagi..Komen azzah:
1-luaskan sikit bahagian entry.
2-button followers tu naikkan kat atas sikit ye cayunk.
2-dan buang word verification kat kotak komen ye dik.




blog title
                                                                    PUAN RAM RAM

Nak copy header dia tak boleh.Scroll sampai bawah jumpa badge cantik ni terus copy.Sebenarnya dia salah letak link azzah dalam komen tapi memandangkan azzah nak juga review blog dia,azzah usahakan jugak cari entry segmen ni kat blog dia.Akhirnya jumpa.
Komen azzah-
1-buat scroll box kat bloglist
2-better letak shoutbox(setengah blogger tak suka..mungkin ada alasan sendiri)

Terharu dalam entry,dia masih ingat azzah follower dia yang ke 2.Korang hado?he..he..


Selamat menyinggah.

Doa

Asaalamualaikum..




Amin...





STATUS-entry makin pendek,perut makin mengah,kaki makin bengkak,moody sentiasa.

Fakta warna pink

Assalamualaikum...


#fakta





Review blog Cik Fafa dan Puan Aziela

Assalamualaikum...


 
pagi ni sarapan dengan biskut merry cicah ayaq kopi..




Hari  ni azzah akan buat 2 entry pasal review.Maknanya hari ni 4 blog akan dipromote.Siang satu entry,malam 1 entry.Mesti ada yang tanya kenapa tak buat satu entry sekaligus kan?.

Bagi azzah kalau review 4 blog dalam 1 entry takut nanti ada pembaca yang tak dapat manafaat dari blog yang direview.Readers dan pen"join" segmen dalam blog ni terlalu esklusif dalam blog ni jadi hanya yang esklusif-esklusif je yang azzah sediakan untuk korang..terharu tak?.Lagi pun azzah nak tambah entry..dasar pemalas nak update..



Jangan mula nak mengarut,mai kita tengok giliran blog siapa pulak.

                                                                    CIK FAFA

Mula-mula ingat dah dewasa,rupanya budak tecik..alolo..cayunk..tomey..tomey(tetiba..).Blog dia pun ada tutorial macam blog INI(nak jugak tu..)..Seperti biasa,warna pink adalah warna feveret tak kira berapa umur anda sekali pun.Dalam entry dia cakap azzah cuns?Mana tahu?(sila muntah selepas ini..)
Blog dia simple,dah ok.Komen:
1-button follower naikkan kat atas sikit.
2-bloglist tu better letak kat bawah
3-shoutbox tak boleh buka,ntah kenapa ntah.Mungkin kena view dengan chrome baru boleh buka kot..
4-buang word verification kat kotak komen ye dik..







My Rainbow...
                                                               PUAN AZIELA


Otai rupanya blog akak ni..dia blogging dari tahun 2008.Lama tu..komen azzah:
1-about me dan search box tu letak kat atas sekali ye kak..
2-blog akak tak ada shoutbox..susah sikit readers nak tumpang letak jejak..ce try letak..mesti meyerbu orang datang blog akak.




Done..selamat menyinggah.

Review blog Cyma dan Ummiabi


Assalamualaikum..




#gambar tak ada kena-mengena dengan entry


.


Balik dari cuti raya cina hari tu,sekali bukak blog tengok ramainya yang join segmen review.Memandangkan azzah buat tak ada tarikh tutup,tak ada lah membebankan sangat kan.Bila-bila boleh buat entry review.

Nak ingatkan kat sini azzah bukan pandai sangat nak review blog orang tapi apa yang azzah komen adalah berdasarkan pengamatan dan pengalaman blogging tak sampai setahun ni..Kalau tersalah komen,harap maaf lah ye..

Ok kita mula review blog seterusnya.


pOt peT cyMa!!!
CYMA
Blog cik adik ni warna pink.Simple dan entry pun santai-santai jer..tak ada nak komen sangat cuma nak komen button followers tu naikkan kat atas sikit dan buang word verification kat kotak komen tu ye cayunk..










UMMIABI


Blog ummiabi yang hijau.Yang bestnya dia dedikasikan blog ni khas untuk anaknya..entry dia pun banyak yang bagus..tapi blog dia 3 colum..jadi mata ke kiri dan ke kanan nak baca sidebar.Pada pendapat azzah la kan seeloknya buat yang 2 colum je..



Support diorang ye .Selamat menyinggah.














Cinta yang terputus

Assalamualaikum...

Beberapa hari ni memang azzah tak update blog..bukak blog pun cuma tengok komen je..lepas tu sign of terus gatai tangan pi buka FB pulak,fb kawan-kawan bloggers la.Ramai kot yang update status pasal putus cinta,putus kasih bagai..
Bukan nak menyampah,think positif la yang dia cuma nak mengadu domba kat fesbuk.Nak mengadu kat kawan-kawan,sekali dua memang la diaorang nasihat suruh sabar elok-elok tapi kalau dah setiap hari duk mengadu domba benda yang sama,kawan-kawan pun naik menyampah.Tu pasal fesbuk jadi kawan setia.
Lumrah orang tengah frust,mesti nak lepaskan..kalau zaman dulu kertas/diari jadi mangsa lepas perasaan conteng sikit-sikit,sekarang zaman fesbuk/twitter pulak.

Pasal putus cinta ni,lumrah la..orang cakap,kita akan banyak kali putus cinta sebelum jumpa orang yang betul-betul akan jadi pasangan hidup kita.
Tu azzah setuju..sebab azzah pun dah alaminya..2 kali cinta budak hingusan+ 3 kali cinta dewasa sebelum jumpa cinta dengan cik husben..kalau nak dicerita satu-satu panjang berjela kot ceritanya jadi baik tak payah cerita..dan azzah pun tak nak ingat.Baik ingat cinta dengan hasben walaupun singkat tapi Alhamdulillah bahagia romantik sepanjang jalan..









Nak nasihat sikit kat yang baru putus cinta ke putus tunang ke,tu semua ujian Allah kat kita.Kalau Dia dah bagi kita ujian macam tu,maknanya Dia nak kita belajar pasal hidup.



Bila dah putus cinta,Dia nak kita lagi dekat dengan Dia dengan cara mengadu kat Dia sebab lumrah manusia jugak bila dah dalam kesusahan baru nak mengadu kat Allah.Tapi jangan pulak bila dah jumpa pengganti  cinta yang baru kita lupa kat Dia lagi..ni pun salah satu tabiat manusia juga..
Jangan la macam tu..susah ke senang biar lah kita tetap ingat Allah ye..

Siapa nak doodle,angkat kening!

Assalamualaikum...

Disebabkan ada yang mintak doodle,azzah ada sediakan freebies doodle.Doodle-doodle ni semua transparent.


HEAD








HALF BODY



                                                                     FULL BODY










Sikit je dulu..Ni nak cepat sebab nak balik kampung 2 hari,jadi azzah tinggalkan dengan freebies yang..yang..yang..korang nilai la sendiri..
Kalau sesapa nak request kaler lain ke,nak yang couple ke komen kat sini atau mesej kat FB.Nanti azzah buatkan bila free.Kalau ambik komen sikit tau supaya azzah tau siapa yang ambik.

Selamat bercuti semua..nah ANGPAU sorang satu...










Review blog Sheda dan Zana

Assalamualaikum...





Pagi-pagi review blog orang,best hapo.Tambah-tambah lagi ramai yang tengah bercuti sambil makan buah limau.





ArmSya NoveLLa

                                                                             SHEDA
Blog yang sangat cantik hasil edit tuan punya blog.Dia jugak ada buat perkhidmatan edit blog.Serius jugak la azzah godek blog dia tadi.Intai header-header yang dia buat.Memang cantik!..Tetiba ada niat pulak nak ambik tempahan doodle..ada ke yang nak tempah doodle dengan azzah?



The Last Alphabet - Z
ZANA
Blog zana ni memang dah ada dalam bloglist azzah.Kedah mai..Azzah suka baca entry dia yang selamba,bahasa pun selamba..kadang-kadang tergelak sorang-sorang baca cerita dia..

Kat sini sis nak komen sikit la zana,button followers tu naikkan kat atas atau letak kat sidebar.Shoutbox tu sis tak tau la sama ada sis sorang je yang mengalaminya bila masuk blog zana.Jumpa shoutboxnya tapi bila scroll ke bawah baru shoutbox dia muncul.Bila scroll naik ke atas,shoutbox hilang pulak,macam magic.Adjust sikit baru ngam kot..Tu je nak komen..




Selamat menyinggah...sesiapa nak azzah review dan komen blognya boleh join SINI

Shawl tu menyusahkan

Assalamualaikum...


Hari-hari sama ada pergi office,pergi butik atau pergi jalan-jalan,azzah lebih suka pakai tudung ada awning daripada pakai shawl.



tudung awning

Bukan tak teringin nak pakai shawl,teringin sangat-sangat.Jeles benau nampak perempuan pakai shawl belit-belit sampai sanggup azzah buat tutorial ombak rindu ni(doodle-doodle dalam entry ni buat hasben azzah gelak sampai keluar air hidung!..).




Kadang-kadang nak nampak comel muda,azzah pakai tudung bawal...



tudung bawal


Sebab musabab azzah tak suka bershawl





Dia akan jadi macam kat atas bila angin datang dari belakang walaupun letak pin sana sini...tak pun dia jadi macam ni:-









Love me not!


Tiba-tiba rasa terharu...grr..

p/s: Apapun pakai ikut keselesaan.





Buat doodle cara sempoi

Assalamualaikum...

Memandangkan masih ada yang tanya azzah lukis doodle pakai apa,walaupun dah banyak kali kot dah bagitau,kat sini dengan rendah hati azzah bagitau se simple mungkin cara azzah buat doodle:-







Tak guna pen,tak guna hp ada camera dan tak guna scanner cik abang dan jugak tak guna photoshop(sebab tak reti download) jugak tak pakai mouse.Dah pernah guna mouse tapi lambat.Tu pasal setiap kali nak lukis azzah pakai laptop,bukan pc.

Nak tahu lebih mendalam,ikut tutorial ni:

Buat doodle pakai Paint.net
Warnakan doodle


Apa yang penting minat.Buat sekali memang banyak kekurangan,try buat banyak kali mesti kita akan puas hati tapi jangan bimbang kalau kita rasa doodle kita tak perfect sebab buat doodle tak payah buat perfect sangat pun,nanti kita yang pening kepala.Yang penting boleh buat orang faham apa yang kita lukis...

Buat doodle simple ni sekejap je..paling lama 10 minit je siap dengan dialog dan paling lama setengah jam.Nak tekankan kat sini MINAT,kalau tak minat yang sekejap siap pun boleh jadi sampai satu hari baru betul-betul siap..


Selamat men doodle...

Salam ukhuwah



Assalamualaikum dan selamat pagi..

Ni entry sebelum pergi kerja.Sambil buat quote kat atas teringat kawan-kawan sekolah rendah dan menengah,maksudnya kawan-kawan sebaya.
Lepas habis belajar kat kolej dan kerja sendiri,kebanyakkan kawan-kawan semuanya orang yang dewasa sangat,means tua sikit dari azzah la..
Orang cakap kalau kawan dengan orang yang lebih dewasa ni kita akan jadi lagi matang,itu azzah setuju tapi kadang-kadang terlebih matang pun ada jugak.Kawan-kawan azzah sekarang ialah kakak-kakak customer kat butik,yang ala-ala mak datin,yang  berbual pun kadang-kadang kasar dan terbuka sangat-sangat.Nak ajak makan pun kat restoran yang azzah fikir dua kali nak ajak cik hasben masuk.

Azzah rindukan kawan-kawan sebaya yang tak kisah tapau makan,lepas tu pi makan kat butik sambil bercerita.kan best?

Tips blogging-cara cari idea buat entry

Assalamualaikum...


Tak ada idea nak buat entry?Nah,ikut cara ni:-






















See,idea berlumba-lumba nak keluar..yehaa..


Review blog Miza dan Apix

Assalamualaikum...






Sorry sangat sebab beberapa hari  tak review blog.Bukan tak nak review cuma azzah akan pastikan azzah ada entry lain yang boleh pembaca baca dan tengok sebelum buat entry review blog.Dah 2 hari macam ketandusan idea,tu pasal tak dak nak review sesapa.Ni idea macam banyak sikit(dah banyak,sikit pulak..apa punya ayat..),jom kita start buat review balik...


Nurul Hamizah's Blog
Ni blog adik MIZA.Ringkas dan pink lagi blog dia.Walaupun ada kelopak bunga berguguran tapi still ringan bila loading.Azzah cuba cari kesilapan dalam blog dia tapi tak jumpa,means perfect.Paling azzah suka muzik yang tenang dalam blog.Hepy blogging MIZA.


Dunia Kami Realiti
Blog seterusnya blog adik APIX,blog hijau yang cantik sangat dan dia sangat rajin update..kenapakah azzah tak macam tu?.
Erm..apa nak komen yer?.Sis rasa apix naikkan button follower tu kat atas sikit..bukan yang ala tumblr tu tapi yang ada muka orang supaya senang nak klik follow.
Tak semua blogger suka follow ikut button ala tumblr.Setengah blogger(macam azzah) lebih selesa follow ikut button yang ada muka orang tu..Tu je nak komen..





Done..selamat menyinggah...

Dimanakan ku cari ganti

Assalamualaikum...











 



Sekarang baru jumpa.Walaupun handset merah ni dah pupus bagi sesetengah manusia tapi trust me,dia macam nyawa bagi azzah.Nak ganti memang tak arr..Selagi dia tak betul-betul hilang jangan harap nak ganti.

Janji tak buat vibrate lagi!




 

 


Doodle page

Assalamualaikum....


Ini adalah doodle quote (lebih kurang la..) yang azzah buat dan hampir kesemuanya azzah letak kat page/wall FB dan page DOODLE DAKWAH.Harap bermanafaat untuk semua..




























Mahu tengok lagi?

Boleh tengok kat 
SINI(Fanpage)
dan 
SINI(Doodle tumblr)



 
Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.