photo anigifIKAN_zps025507c6.gif
Memaparkan catatan dengan label tips. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tips. Papar semua catatan

Tip rumah tangga bahagia

Assalamualaikum..


Bergurau senda












Bergurau sendalah setiap masa tapi agak-agak lah kan?.

Tips membeli belah sorang-sorang

1-Rancang perbelanjaan dan buat list barang yang nak dibeli



dan pastikan anda PATUH dengan senarai tersebut...





2-Elakkan guna kad kredit atau kad debit.Yang penting,TUNAI.





3-Gunakan bakul kecil dan elakkan troli.Ini secara tak langsung dapat mengurangkan rasa nak beli lebih banyak barang.







4-Membeli ketika memerlukan.Jangan pulak beli tapi tak tau nak buat apa dengan benda yang dibeli.




5-Buat tuntutan jika terdapat perbezaan samaada dari segi harga,kualiti,keselamatan dan kesahihan barang yang dibeli.



6-Berjalan atau gunakan pengangkutan awam.ianya dapat menghadkan hasrat dan kemampuan kita untuk beli barang yang tak perlu.


Apapun masa membeli -belah,tak kiralah sorang-sorang ke ramai-ramai ke,membeli ikut kemampuan bukan ikut perasaan..



p/s:2 hari tak update,ada yang rindu tak?

Petua untuk cantik pulak

Assalamualaikum..
Hari tu petua untuk comel,(JENGOK SINI).Kali ni petua untuk cantik pulak tapi seperti biasa,versi saya la..


Elakkan kulit dari kedutan





Sediakan sebutir lobak merah yang diparut hancur.Kemudian campur 1 sudu tepung jagung dan sikit kuning telor.Gaul sebati.





Kemudian sapulah kat mana-mana bahagian berkedut kat muka.Biarkan selama 20 minit.





Mulut harum







Ambik 7 helai daun sirih dan racik halus.Selepas tu ramas dengan semangkuk air suam dan campur dengan sikit garam.Dah tu kumur setiap hari.Ala ,buat macam Listerine tu.




Atasi masalah-masalah rambut







Rebus beberapa batang serai.Biarkan sejuk dan sapu atau ramas kat rambut.Selepas 2 jam air sirih tu tertepek kat rambut baru lah boleh dibilas.Nescaya rambut wangi dan ada jugak yang cakap boleh hilangkan kutu.

Selamat mencuba.

Tip rumahtangga bahagia

Berkasih sayang





























Berkasih sayang walau di mana berada.

Petua kecomelan untuk semua

Assalamualaikum..

Hilangkan lemak di badan





Ambil 5 biji buah delima dan keluarkan isinya.Tumbuk isi delima hingga hancur.Masukkan dalam 2 gelas besar air dan campur sedikit garam.Simpan dalam peti sejuk dan jadikan ia sebagai minuman setiap pagi selepas sarapan.Lepas 2 minggu,Insyaallah akan slim seperti sedia kala.






Harumkan badan





Kisar 15 hingga 20 helai daun pandan bersama air.Tapis dan ambil airnya untuk dijadikan sebagai mandian.Campur dengan air biasa.Semasa mandi jangan lupa gosok kat ketiak ketat-ketat.Lakukan seminggu sekali.



Solekan tahan lama





Agar solekan bertahan lebih lama,cuba basuh muka dengan air mineral sebelum bersolek.Insyaallah,solekan akan tahan lebih lama dari mak Jemah kat atas.



Atasi tumit pecah





Supaya tumit tak pecah,tumbuk bawang putih sampai lumat.Tampal la kat tumit tu okey?




Sila-sila lah amalkan ,pasti comel..:)
 
Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.