photo anigifIKAN_zps025507c6.gif

Tutorial watermark mudah

Assalamualaikum...
Macam malas je nak berblogging hari ni.Nak berblogwalking lagilah.Dah lama beno tak bw.Tau kenapa?Saya kalau hari mendung,sejuk atau lepas hujan memang malas,suka lengah-lengahkan masa buat sesuatu.If buat pun tanpa sungguh-sungguh...sungguh saya pasif bila hari mendung..
Jadi untuk buatkan saya ceria sikit,saya banyak edit gambar.Nak bagi ala-ala photografer pro ambik gambarlah kononnya.Bukan edit apa pun,just bagi shining sikit dan letak watermark.
Apa fungsi watermark dalam gambar?Watermark tu macam yang anak panah tu:
Ini untuk mengelakkan gambar kita dari dicuri,cilok atau dirampok dari pengopi paste yang berkenan kat gambar anda atau gambar kucing saya kat atas.
Saya buat pakai photoscape je.Ada yang pakai photoshop.Percayalah,pakai photoscape lagi senang.Meh ikut sara saya..
Siapa yang belum download,sila KLIK sini.
Step 1,bukak Photoscape,klik Editor
Step 2,ambik gambar dari mana-mana fail kita.
Step 3,klik Object dan tekan T,seperti anak panah kecik tu.
Klik untuk pembesaran yek..dah klik keluarlah macam ni:
Kat bahagian ni anda boleh pilih apa-apa yang anda berkenan.Warna,kecik besar text,terang atau kabur text.Boleh buat apa sahaja...dah siap tekan OK.Siap sudah watermark anda.lepas tu simpan kat mana-mana fail dalam lappy.Paling senang simpan kat desktop.
Nanti saya akan cuba buat yang ada gambar pulak..
Bye..

3 ulasan:

terimakasih sudi komen.azzah lagi berterimakasih jika tiada spam/link biru di sini..:)

 
Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.