Selesanya pakai baju baru

Assalamualaikum...




Korang tak salah masuk blog..ni la hasil semalam edit..Lepas kena kritik sikit-sikit bila masuk segmen hari tu,azzah cuba ubah apa yang patut.
background dah ada warna(walaupun tak puas hati dengan warnanya)..Banyak gila google tolong cari kan freebies background tapi hampeh,satu pun tak betul-betul kena dengan jiwa..Ni pun main taram je..ntah sapa punya ntah..tapi dah mintak dengan tuannya..

Basecode ni asalnya dari freebies..malas nak edit yang penting-penting..ambik je freebies..kan senang..Senang-senang pun banyak jugak azzah dah edit..edit ini tak puas hati,tukar tu tak kena..haish..Ni la puncanya azzah tak suka edit-edit blog.Tak tau nak letak warna apa.Last-last putih jugak yang ditepek..ni pun tak tau la berapa lama nak pakai..

Edit punya edit,bloglist semua hilang..berasap bontot nak cari balik url blog-blog yang kat bloglist tu..ada jugak yang tak sempat letak balik tapi jangan bimbang,nanti azzah cari balik urlnya..dan azzah pun dah tambah blog-blog baru yang best dan letak kat bloglist..Baru teringat ada beberapa bloggers ajak exchange link.Nanti azzah cuba cari kat komen..Nak cari kat shoutbox,shoutbox lama tu dah terpenyek dalam tong sampah..maklum la dah pakai chatbox..


Entry ni sebenarnya nak tanya pendapat korang(kalau ada).Blog biasa je pun nak tanya pendapat bagai..pirah!
Harap-harap ok la ye..Baru best sikit nak update..ye daq?Betul la orang cakap,kalau pakai baju cantik,kemas,level confident tu naik sampai 100% ..


Sekian..

12 ulasan:

  1. Ok la ni... takdelah kosong sangat cam ritu... janji warna dan corak tak ganggu mata.
    header pun da seswai...

    BalasPadam
  2. cantik la kak.. takyah tukar2 da.. :)

    BalasPadam
  3. masuk sini je tetibe rasa bercahaya....ok dah ni..:)

    BalasPadam
  4. ok letewwww....header sgt somel okeeeeeee!

    BalasPadam
  5. a'ah la dah lain..
    azzah suka warna yg cerah2 je eh?

    background klu letak kaler yg terang mungkin menyerlah sikit kot. Itu pendapat niza la sebab niza suka kaler terang.

    Camni pun dah oke, nmpk kemas...tapi tulisan kat tepi tu pudar sangat.

    eh, byk pulak komplennya...hehe. Apapun, terpulang kepada keselesaan azzah. niza terjahhh je. :D

    BalasPadam
  6. ca yang da malas nak tukar2 template..lagipon lom ramai datang..hehe..so smgt lom membuak nak kasi cun..juz nak mantapkan entry je

    BalasPadam
  7. jijah tak kesah pon apa rupa blog akak...still jadi tumpuan jijah kalau bw :)

    BalasPadam
  8. much more better la kak azzah. =) nampak kemas. cbox pun comel. Kak azzah mg suka warna pastel kan? ;)

    BalasPadam
  9. alaa..sis azzah..blog farah da x masuk dalam bloglist sis.. sob sob .. :( .. hehehe

    BalasPadam
  10. wah... makin berseri blog azzah.... yg pnting dudel maintain cun

    BalasPadam

terimakasih sudi komen.azzah lagi berterimakasih jika tiada spam/link biru di sini..:)

 
Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.