photo anigifIKAN_zps025507c6.gif

Freebies bunny

Assalamualaikum...






Bunny ni ada yang mintak..dah lama azzah simpan dalam folder tapi tak publish-publish.Sebenarnya ada banyak lagi freebies yang azzah buat masa free dulu,seperti biasa terperam lama dalam folder..

Nanti-nanti azzah siapkan ye..nak ambik seperti biasa save as atau copy..tak payah credit pun tak per sebab meme kurang menawan.

Sekian.


Jom blogwalking!

Assalamualaikum...





Sorry sangat lambat list kan peserta segmen blogwalking.Biasa la hari minggu..dapat pulak bokak pose dan tarawih ramai-ramai,blog dilupakan sebentar.

Walaupun tak ramai yang join,tak menjadi masalah.Mungkin yang lain dah ramai followers kan..maklum la sekarang ramai bloggers dah kretip untuk tarik followers dan readers..sok-sok azzah buat segmen2 lagi ye..nanti yang lain boleh join.

Ni list blog yang join..jadi sila-sila la terjah dan kenal-kenal..baru-baru ni semua..

1-http://eusaida.blogspot.com/
2-http://diarionlinenurul.blogspot.com/
3-http://be-readers.blogspot.com/
4-http://menaipdipapankunci.blogspot.com/
5-http://yasminmirol.blogspot.com/
6-http://sayadanblog-sheyr.blogspot.com/
7-http://jezsygeisha.blogspot.com/
8-http://missmyzatul.blogspot.com/
9-http://norasikinishakstories.blogspot.com/
10-http://prettyreddandelions.blogspot.com/

Sekian.

SEGMEN BLOGWALKING BLOG BARU

Assalamualaikum...

Azzah nak buat segmen ringkas je..segmen blogwalking blog baru.Makna blog baru,followers dia kurang dari 200 orang.Tak kira le berapa lama dia blogging asalkan followers tak sampai 200 orang.





Syaratnya:
1-Buat entry tajuk SEGMEN BLOGWALKING BLOG BARU
2-Letak banner kelip-kelip tu kat entry dan link ke entry ni.
3-Tuliskan apa istimewanya blog korang.
4-Letak url entry korang kat comment sini.

Yang pasti blog korang mestilah ada followers kurang 200 orang.
Tarikh tamat 29hb Julai 2012 jam 12 tengahari.
Lepas jam 12 tengahari azzah akan list semua blog.


JOIN ler..

Art trade dengan Ary

Assalamualaikum...

Blogger ni dulu azzah ingat lelaki sebab ada unsur-unsur brutal dalam blog dia dan lukisan dia..tapi bila diselidiki rupanya dia gegirl yang ala-ala brutalnya..

Nak tengok apa azzah dapat dari ARY?





Jenuh jugak nak lukis apa supaya sesuai dengan imej ala-ala brutalnya tu..banyak hari jugak fikir,hari ni baru dapat idea..tu pun spontan je idea ni datang.

Maka terhasil la






doodle BATMAN(kot) untuk ARY


Hope dia suka..terimakasih sudi art trade dengan azzah.

Bagi sesape nak art trade macam ni,boleh la korang klik kat banner azzah yang baru buat tu..tak kesah samada nak art trade personal atau 3 warna(cakap je 3 warna,selalunya terlebih satu..)dan boleh la attach gambar korang kat page FB azzah atau group Dudel Doodles(yang belum join.boleh la join..link tengok kat sidebar ye..)

Sekian.

P/S:nanti azzah akan update semua doodle art trade dari azzah..


Saya suka dibelai

Assalamualaikum...





ermmm..dapnya dibelai..he..he..


p/s:macam pusheen kan?eh,tak sempat buat watermark,comot lak tu..ok,boleh diperbaiki di masa depan..:)




Review

Assalamualaikum...



Sorry sangat lambat meng review..maklumlah saya hanya manusia biasa..:D


Mari kita tengok siapa yang bertuah..

Blog ain warna purple tapi azzah terbuat banner warna kuning plak..tak pe la..janji korang singgah..:D



Hermm..cantik tul blog dia..



Blog dia dah tukar ke header ramadhan..comel okeh.



Blog dia warna hijau jadi banner pun hijau la..sedap mata memandang.



Blog dia masih baru,jadi seelok-eloknya kita follow le..tapi follow mau ikhlas..:D



Ni lagi satu blog yang backgroundnya azzah sangat suka..warna itam.Kadang-kadang terfikir gak nak itamkan blog ni.



Warna blog dia yang ceria..entry-entry pun menarik..


Apa lagi..sama-samalah kita singgah.

Nak join macam ni?.Ikut syarat dalam entry NI tapi mesti tahan sabar sebab terpaksa menunggu..azzah akan review dan bagi banner/stamp,cuma cepat atau lambat jer blog korang akan direview dan promot.Banner/stamp yang azzah bagi korang boleh SAVE AS..

Sekian..pecah kaca pecah gelas,dah habis baca komen la sedas.:D




Art trade dengan Deno

Assalamualaikum...



Singgah ke blog DENO untuk tau apa tu SLE..Dulu azzah pun tak tau tapi lepas kenal deno dalam blogging baru tau penderitaan yang dia hadapi.DENO ni peramah,kuat dan tabah orangnya..

Azzah dah janji nak bagi 2 doodle untuk dia:

1-Doodle 3 warna tapi terlebih warna



dan
2-doodle personal



Hope deno suka.Terimakasih sudi art trade dengan azzah.








Wordless Wednesday-Bazaar Ramadhan

Assalamualaikum...




Jangan membazir ye..



campaign image

Hari lahir ke dunia

Assalamualaikum...


21hb Julai 2012 bersamaan 1 Ramadhan 1433 H adalah:








Terimakasih pada yang wish kat fesbuk..terharu sangat sebab ramai yang wish..terimakasih semua..

Moga tahun-tahun mendatang lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.Insyaallah.


p/s:ishk..banyak pulak update hari ni..:D


Rezeki perut 4 Ramadhan

Assalamualaikum...




Hari ni masak lemak cili api ikan sepat masin..resepi campak-campak ciptaan turun temurun.Nak standard punya resepi,klik sini tapi bukan ikan sepat masin la..boleh adjust je resepi-resepi ni semua..janji masuk perut,kenyang.

Selamat berbuka puasa semua.





Menu sahur kite:D

Assalamualaikum...


Korang bersahur makan apa?.





Ke perangat lauk berbuka?.



Pilihan azzah sejak dulu ialah oat..sangat suka makan oat walaupun pada bulan biasa..Setiap pagi memang azzah  bersarapan dengan oat..selalunya 5 sudu azzah masuk dalam mangkuk dan letak air panas je..5 sudu memang banyak bila dia dah kembang.

Azzah jarang makan nasi waktu sahur..cuma bila balik kampung je makan nasi.Lagipun oat ni senang je nak buat.




Masa festime try makan oat tekak tak boleh nak telan sebab rasa dia tawar..lepas tu azzah try letak milo panas dalam tu,sedap..rasa manis.Kadang-kadang carik-carik kurma masuk dalam oat.


Sekarang baru try letak kismis banyak-banyak dalam tu..konon-konon macam makan ice cream tutti frutti..memang azzah kalau pi tutti frutti mesti ambik perasa cekelat dan letak kismis banyak-banyak..perasa lain tekak tak boleh nak terima..


Berbalik citer oat..apa khasiat oat ni?..banyak sebenarnya..


Menurut pakar-pakar diet/makanan/kesihatan,mengambil oat dalam pemakanan membantu menurunkan tahap kolesterol dan akhirnya menjadikan jantung lebih sihat.Oat jugak ada banyak serat..



Serat merangsangkan pengeluaran air liur, yang memudahkan anda mengunyah dan menelan. Apabila berada dalam perut, ia membantu mencairkan kandungannya, menjadikannya lebih mudah untuk dihadam.
Serat dalam usus kecil membantu memperlahankan kadar penghadaman nutrien dalam makanan. Ini memastikan semua nutrien dalam makanan digunakan oleh badan.
Serat juga membantu mencegah banyak masalah ketidakselesaan yang dialami oleh orang tua, seperti sembelit dan buasir.
Oat mengandungi lebih banyak kalsium, protein, magnesium, zat besi, zink, kuprum (copper), mangan (manganese), tiamin dan vitamin E berbanding makanan bijirin lain seperti gandum dan rai.
Seperti buah-buahan dan sayur-sayuran, oat mengandungi fitokimia yang merupakan bahan kimia semula jadi dalam tumbuh-tumbuhan yang membantu menentang penyakit.
Oat secara khusus mengandungi banyak flavonoid yang merupakan antioksidan yang amat berkesan untuk membantu mencegah penyakit jantung.
Oat adalah juga makanan yang ideal untuk semua peringkat umur. Mudah diterima sebagai makanan pepejal permulaan untuk bayi dan juga orang tua, oat kerap digunakan dalam program membantu mangsa kebuluran kerana keupayaannya membekalkan khasiat pemakanan berkualiti secara tidak mahal.
Oat kini menjadi kegemaran di kalangan chef pastri untuk mencipta roti, biskut, mufin dan kek yang paling lazat dan sihat! Quaker mempunyai beberapa resipi masakan tempatan terkenal yang menggunakan oat seperti Rendang Ayam Quaker dan Pegedil Quaker.
Ada yang menambah emping oat ke dalam sajian kari kerana ia menjadikan kuah kari lebih pekat dan lebih lazat!
Anda juga boleh menggunakan oat sebagai salutan ikan dan ayam goreng. Dengan cara ini, anda boleh memuaskan cita rasa dan mendapat manfaat kesihatan daripada oat!
 kredit


Banyak kan khasiat dia?.cara makan oat pun boleh diperbanyakkan..tak rugi azzah makan oat sejak lepas sekolah sampai sekarang..




Korang pulak bersahur dengan apa?.ce citer..ce citer..




Art trade dengan Cikot

Assalamualaikum...


Dah tak de entry autopublish lagi..Hari tu balik kampung jap sambut pose.Ok la,azzah nak bayar hutang art trade..kali ni dari CIKOT.






wah,biskut..biskut apa tu?ce pergi blog dia...


dan dari azzah pulak,



Ninja di dapur!

he..he..,nak buat lain,jadi lain pula..hope cikot suka..tak suka pun harus la buat-buat suka..:D

Sekian.







Warnakan doodle

Assalamualaikum...


Entry ni dari sambungan entry lukis doodle dengan SAI,pi SINI kalau belum tengok.

Dah lukis mestilah kita nak warna kan?Baru doodle kita nampak ceria..

Selalunya azzah buat macam ni la..









Cepat dari guna brush.Kalau guna brush,nak kena padam tempat yang comot..lepas ni azzah tunjuk cara letak bayang atau tambah tone warna.

Sekian.


p/s:autopublish lagi..:D


Freebies doodle zzzzz!

Assalamualaikum....


Azzah tak ingat siapa yang request doodle ni kat cbox.Azzah dah buat tapi tak tau la betul ke tak posisi tido yang dia nak..hope suka..










Nak ambik komen dulu..ni entry autopublish sebab azzah balik kampung untuk sambut puasa jadi tak sempat nak blogwalking.Hari senin azzah pi blog korang ye..

Pada yang tertunggu art trade dan review,minggu depan azzah balas.Jadi sementara tu,nikmati lah entry autopublish dulu yek?

Sekian

Ramadhan datang lagi,andai ini....

Assalamualaikum...





Andai ini ramadhan terakhir.
Apa mungkin hari raya akan terlintas dibenak kita?
Andai ini ramadhan terakhir.
Adakah kita masih akan sibuk memikirkan juadah berbuka puasa setiap hari?
Andai ini ramadhan terakhir.
Mampukah lagi, kita tidur lena diulit mimpi seperti ramadhan yang lalu?
Andai ini…

via:imanmuslim tumblr

SALAM RAMADHAN SEMUA


P/S:lepas ni entry autopublish.:D

Tutorial lukis doodle dengan Paint tool Sai(basic)

Assalamualaikum...




Tutorial ni dah ramai sangat request..kat komen,kat cbox,kat fesbuk dan kat tumblr.Azzah pernah bagi link ke blog yang start azzah belajar mendoodle dengan SAI tapi ada yang tak paham tutor dia..jadi terpaksalah azzah ajar cara sendiri..harap-harap boleh faham la ye..



Tak payah banyak bobei-bobei,kita belajar pakai gambar je la..Untuk makluman,tutorial ni banyak gambar..harap jangan muntah nasi semalam kat sini..:D
Mula-mula start lukis dulu,entry lain cara warna pulak.

Bukak Paint Tool Sai.Kalau tak de boleh download kat blog Wan Hazel yang portable,bukan trial...free sajo.






Kalau nak buat tudung


Lukis sampai habis ikut kretibiti..

Basic pun tak basic sangat la..kalau terangkan detail sangat takut ada yang tak faham.
Apa yang penting,cuba dulu..jangan selalu cakap teringin nak buat tapi tak reti,tak kreatif..cuba dulu baru tau.Semua yang mendoodle ni bukan sekali buat terus jadi.semua bermula dari kosong.

Nanti kita belajar warna dan lukis mata..next entry okeh!.

campaign image











 
Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.