Menu sahur kite:D

Assalamualaikum...


Korang bersahur makan apa?.





Ke perangat lauk berbuka?.



Pilihan azzah sejak dulu ialah oat..sangat suka makan oat walaupun pada bulan biasa..Setiap pagi memang azzah  bersarapan dengan oat..selalunya 5 sudu azzah masuk dalam mangkuk dan letak air panas je..5 sudu memang banyak bila dia dah kembang.

Azzah jarang makan nasi waktu sahur..cuma bila balik kampung je makan nasi.Lagipun oat ni senang je nak buat.




Masa festime try makan oat tekak tak boleh nak telan sebab rasa dia tawar..lepas tu azzah try letak milo panas dalam tu,sedap..rasa manis.Kadang-kadang carik-carik kurma masuk dalam oat.


Sekarang baru try letak kismis banyak-banyak dalam tu..konon-konon macam makan ice cream tutti frutti..memang azzah kalau pi tutti frutti mesti ambik perasa cekelat dan letak kismis banyak-banyak..perasa lain tekak tak boleh nak terima..


Berbalik citer oat..apa khasiat oat ni?..banyak sebenarnya..


Menurut pakar-pakar diet/makanan/kesihatan,mengambil oat dalam pemakanan membantu menurunkan tahap kolesterol dan akhirnya menjadikan jantung lebih sihat.Oat jugak ada banyak serat..



Serat merangsangkan pengeluaran air liur, yang memudahkan anda mengunyah dan menelan. Apabila berada dalam perut, ia membantu mencairkan kandungannya, menjadikannya lebih mudah untuk dihadam.
Serat dalam usus kecil membantu memperlahankan kadar penghadaman nutrien dalam makanan. Ini memastikan semua nutrien dalam makanan digunakan oleh badan.
Serat juga membantu mencegah banyak masalah ketidakselesaan yang dialami oleh orang tua, seperti sembelit dan buasir.
Oat mengandungi lebih banyak kalsium, protein, magnesium, zat besi, zink, kuprum (copper), mangan (manganese), tiamin dan vitamin E berbanding makanan bijirin lain seperti gandum dan rai.
Seperti buah-buahan dan sayur-sayuran, oat mengandungi fitokimia yang merupakan bahan kimia semula jadi dalam tumbuh-tumbuhan yang membantu menentang penyakit.
Oat secara khusus mengandungi banyak flavonoid yang merupakan antioksidan yang amat berkesan untuk membantu mencegah penyakit jantung.
Oat adalah juga makanan yang ideal untuk semua peringkat umur. Mudah diterima sebagai makanan pepejal permulaan untuk bayi dan juga orang tua, oat kerap digunakan dalam program membantu mangsa kebuluran kerana keupayaannya membekalkan khasiat pemakanan berkualiti secara tidak mahal.
Oat kini menjadi kegemaran di kalangan chef pastri untuk mencipta roti, biskut, mufin dan kek yang paling lazat dan sihat! Quaker mempunyai beberapa resipi masakan tempatan terkenal yang menggunakan oat seperti Rendang Ayam Quaker dan Pegedil Quaker.
Ada yang menambah emping oat ke dalam sajian kari kerana ia menjadikan kuah kari lebih pekat dan lebih lazat!
Anda juga boleh menggunakan oat sebagai salutan ikan dan ayam goreng. Dengan cara ini, anda boleh memuaskan cita rasa dan mendapat manfaat kesihatan daripada oat!
 kredit


Banyak kan khasiat dia?.cara makan oat pun boleh diperbanyakkan..tak rugi azzah makan oat sejak lepas sekolah sampai sekarang..




Korang pulak bersahur dengan apa?.ce citer..ce citer..




16 ulasan:

  1. sahur ke buka ke pasti nk nasi...xkira apa pon menu sampingan nasi adalah utama..XD

    BalasPadam
  2. nini sahur dengan kurma aje...sebab nini sangat sayang tido...hahaha..kalau kurma kejap je kan..pastu boleh sambung tido balik..=p

    BalasPadam
  3. @merahitujambuKadang2 azzah makan nasi jugak kalau lauk sedap sangat..

    BalasPadam
  4. @niniboleh tahan ke perut tu nini?

    BalasPadam
  5. tgok katun pon lapar .. haha nsb baik xreal..

    BalasPadam
  6. kena makan nasik time sahur. hihi

    BalasPadam
  7. KALAU MAKAN OAT JE BULEH TAHAN KE? SY MACAM TAK TAHAN JE....

    BalasPadam
  8. Wah!bagusnye makan oat..nieza leh makan biskut jacobs yang oatmeal tu je..hehehe

    BalasPadam
  9. eh, boleh kurus tak kalau shur makan oat je? hehe.

    BalasPadam
  10. cik tikah x blh masuk perut la oat tuh =,='

    BalasPadam
  11. tips yg bguna, sb sy kalau makan oat, sy minum air susunye je..bijirin oat tolak tepi.. xD ..xsedap, letih nk habiskan..tp klo nestum..ratah pun xpe. huhuhu.

    BalasPadam
  12. emm jijah tak boleh tak makan nasi 1hari..sahur n berbuka mesti nak nasi..pastu lepas terawih makan nasi lagi..hehe

    BalasPadam
  13. oat memang bagus. tp takleh nak masuk sangat. klu kadang2 tu okla.

    BalasPadam
  14. blog nih comel >.<

    by the way kita sahur makan ayam ;DD

    BalasPadam
  15. kita lebih kurang la azzah.. deno pagi2 tak berapa selera nasik... :)

    BalasPadam

terimakasih sudi komen.azzah lagi berterimakasih jika tiada spam/link biru di sini..:)

 
Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.