photo anigifIKAN_zps025507c6.gif

Tutorial buat kotak blockquote

Assalamualaikum...
Mahu blockquote kat entry macam ni?.Meh sini belajar.
Dashboard-Design-Edit HTML-tick Expand Widget Templat.Dengan CTRL+F cari code ini:
 ]]></b:skin>
 Bila dah jumpa,copy code yang saya bagi ni:
.post blockquote { background-image:url(URL IMAGE); -moz-border-radius-topleft: 10px; -moz-border-radius-bottomright: 10px; padding: 6px; Border: 3px solid #FF0080; margin:1em 20px; }
Pastekan kat atas code ]]></b:skin> .URL IMAGE tu isi dengan url background yang kita nak.Background ,boleh cari kat SINI.Upload dulu kat photobucket dan ambik direct link sahaja.Yang #FF0080 tu,code warna untuk border.Boleh tukar ikut kesesuaian blockqoute kita.Codenya bole cari kat SINI.Dah siap,Save.
Sekarang masanya kita letak kat entry.Caranya,buat entry seperti biasa.




Setting kotak komen

Assalamualaikum...
Ini pertanyaan dari CIK SALLY atau ezet.
Yang saya faham,pengasingan dalam komen tu macam saya punyalah kan.Sapa nak tau,komen dulu baru dapat tengok..Lepas tu saya pegi ke blog dia dan try klik kat comment dan keluar macam ni:
Sorry yer Sally,printscreen bahagian komen awak.Yang nampak kat sini,pengomen dibawa ke page lain untuk komen.maknanya,sally dah setting Full Page.Sebab tu tak jadi macam kotak komen saya.
Kat sini saya buat tutorial sikit ok..Ini untuk newbies jugak..he..he..saya pun newbies lah..
Caranya,pergi Dashboard-klik Setting

Tak backup template?

Assalamualaikum...
Fuh..akhirnya dapat jugak settlekan masalah code apa ntah yang banyak dan ramai kat atas sana..Tak tau kenapa dia muncul.Sesiapa yang view guna Mozilla memang nampak code-code tu semalam,yang pakai Internet Explorer,tak nampak.Terlupa nak printscreen pulak.Terpaksalah saya tukar templat baru dan ubah semua yang ada.
Mungkin benda tu jadi macam tu sebab saya tak backup template.Suka-suka hati bapak mak kucing main coding,akhirnya rasa macam nak tutup blog semalam.Pagi ni bangun fikir cara nak settle semua masalah,barulah  hati senang hupdate banyak-banyak.
Seperti yang saya kata tadi,mungkin saya tak backup templat,so apa kata kita belajar backup template.Ini bagi newbies ok..
Ini perlu kita buat bila kita nak bercinta dengan CODE HTML.Caranya:
Klik jer kat Download Full Templat.Jadi kalau dah salah main coding ke benda,kita dah tak perlu risau sebab dah simpan dalam lappy...

Letak iklan kat sini,(percuma jugak)

Assalamualaikum..
Sorry saya tak update apa-apa hari ni..Tapi sempat jugak lah join segmen BA tu tadi..Ce tengok ada kelainan tak kat atas sana?..Ye..kotak iklan percuma.Sesiapa pun boleh tempek kotak banner masing-masing kat situ selama sehari..Tu pun kalau ada yang sudi la.
Cara nak buat banner sendiri,ada kat SINI.Popular post lagi..padahal entry tu baru semalam post.Mesti sekarang ramai yang dah ada banner flash sendiri.Senang jer kan.Tapi ada jugak yang komen,tak boleh buat..Sesiapa yang tak boleh buat,cuba lagi tau.
Dan sesiapa yang nak letak kotak iklan percuma macam saya,boleh pergi buat kat SINI.Kena daftar dulu baru buat.
Ikut arahan mudah dia ok.

Tutorial buat templat sendiri

Assalamualaikum..
Ini ada pertanyaan dari kemey.Saya tak paham soalan sebenarnya..Dari soalan kedua baru dapat tangkap sikit-sikit.Yang bermaksud,tukar template blog selain dari templat yang sedia ada.
Saya rasa kita boleh buat sendiri templat kita.Tapi yang sedihnya kat sini,saya belum setabah itu untuk ajar buat templat sendiri..Nanti migrain bertambah-tambah..Tutorialnya berbelit-belit dik..
Jadi saya cuma dapat sediakan link orang expert buat benda nih yek..Lain kali bila saya dah berjaya buat,baru buat tutorial sendiri ok.

Tutorial buat banner flash pakai photoscape dan kotak code

Assalamualaikum.......
Yea..saya dah ada banner sendiri..flash lagi..Kat mana tempah?.Tak main ler tempah-tempah..buat sendiri lagi kepuasan berganda-ganda..Nak tempah dengan saya?..Ala benda senang pun nak tempah?.Tak mencabar langsung..Meh sini saya ajar..
Mula-mula kita buat banner dulu.
Klik Editor
Klik Menu-New photo.Kat New Photo ni pilih berapa besar banner.Selalunya pakai 128-128 dan pilih kaler..
Tulis Text apa yang kita nak.Macam saya,tulis nama belog.Dah tu Save dan simpan kat desktop.
Lepas tu pergi Animated GIF. 

Di bahagian ni,cari text kita tadi.Yang picture tu pulak,kita pilih gambar ke hapa.Macam saya,saya ambik gambar header tapi dikecikkan jadi size banner.Letak bersebelahan.automatik dia akan jadi kelip-kelip atau flash.
Di bahagian setting ni kita boleh pilih warna,masa,effect dan besar atau kecik.Kita boleh main-main kat situ sampai puas hati dan limpa.Kalau nak tambah gambar banyak-banyak dengan tujuan nak bagi orang pening pun boleh yer.Banner kita kan?..Dah siap,Save dan simpan kat dekstop lagi.
Langkah seterusnya,kita pergi photobucket dan upload kat situ.Sebabnya kita perlukan code html.Bila dah dapat code html,copy dan sign in blogspot.Pergi Dashboard-Design-Page Element-Add a gadget-HTML/JavaScripts.Letak code html kita tadi dalam content.
Didalam line merah tu,padam dan gantikan dengan URL BLOG  kita.Save.

Taraa..dah pun masuk dalam belog tapi macam tak lengkap kan?.Macam mana nak letak dalam blog kita supaya senang orang ambik?.

Tutorial ni agak panjang jadi saya panjangkan lagi..ha..ha..biar lengkap.Tak der orang pening kepala nak cari tutorial lain..
Kotak macam ni memudahkan sesiapa yang sudi menepekkan banner kita kat belog dia supaya kita terharu..Cara nak buat:

Pergi Dashboard-Design-Page Element-Add a gadget-HTML/JavaScript.Dalam bahagian Content,isi code yang saya bagi ni.


<center>
<img style="width: 167px; height: 157px;" src="URL BANNER"
<center>AMBIK LER..</center>

<textarea cols="13" rows="3" style="text-align: center;"><a href="URL BLOG/"><img src="URL BANNER" /></a></textarea></center>
Gantikan code yang kaler-kaler tu dengan kita punya ok..kalau tak,tak menjadi.Dah siap,Save.Ini asas,kalau kita dah expert kita boleh cipta banner yang lagi cun.Apa-apa pun try and error.Tak cuba tak tahu kan?.Selamat mencuba.

Tutorial background entry

Assalamualaikum...
Hari ni nak buat tutorial.Ini pun atas permintaan kawan,PINKAHOLICX.Sori lambat buat entry yer sebab bz sikit..
Dia tanya macam mana nak buat background entry warna putih macam saya.senang jer..Rajin tul dia renovate belog yek..


Pergi Dashboard-Design-Page Element-Templat Designer.
Klik Advance-Background.Di bahagian Background ni,pilih Main Background.Ada banyak kaler kat situ,transparent pun ada..kalau nak putih pilih putih yer..


Tutorial letak gambar profile kat comment box


Assalamualaikum..
Ini tutorial untuk pinkaholicx.Dia tanya macam mana nak buat comment box ada gambar kat sebelah comment macam saya.
Serasa saya kita kena setting di bahagian comment.Pergi Dashboard-klik Setting-klik Comment.
Di bahagian comment ni,scroll ke bawah sampai jumpa Show profile image on comment?.Tick Yes.
Save Setting ok.

Tutorial lukis doodle pakai photoscape

Assalamualaikum..
Macam dah lama tak buat tutorial kan?.Jadi ini entry tutorial yang ditunggu ramai..he..he..
Perasan tak sekarang setiap entry saya ada doodle?.Saya lukis sendiri tu..Mula-mula buat memang gagap tapi sekarang dah selalu buat,ada sikit improve kan?.Atau saya yang perasan sendiri?.Kalau dulu entry dihias dengan gambar kat google,sekarang dah pandai buat sendiri.Macam mana caranya?.
Saya guna benda yang senang.Bukan photoshop sebab ianya susah.Semua doodle saya lukis pakai PHOTOSCAPE.Download jer..
Nak lukis doodle,klik kat Editor.
Klik Menu.
Setting berapa besar gambar dan color apa yang kita nak.
Klik Object dan cari Line Mode macam anak panah.Dengan Line Mode tu lah saya draw.Yang pakai laptop macam saya,guna arrow dan yang pakai komputer,pakai mouse.Nak setting apa pun boleh kat situ.Sekarang bab kaler-kaler pulak.
Pergi ke bahagian Tools,klik Paint Brush.Kat situ boleh pilih kaler apa yang kita suka.Kalau silap kita boleh padam dengan klik Undo.
Bila dah puas hati,Save.

Tutorial buang navbar

Assalamualaikum...
Kali ni nak tunjuk cara nak buang navbar.Kat mana navbar?Sini:
Navbar yang di tunjuk kat anak panah tu.Sila abaikan blog saya yang satu lagi tu ye.
Senang jer nak buang.Mula-mula pergi Dashboard-Design-Edit HTML-tick Expand Widget Templates.Dengan CTRL+F.cari code ini:.

]]></b:skin>
Bila dah jumpa,copy code kat bawah ni dan paste kat ATAS code ]]></b:skin> tadi.Dah letak,Preview dan Save kalau dah puas hati.Selamat mencuba.



Tutorial pasang disable right click

Assalamualaikum..
Tutorial ni untuk yang tak nak entry atau gambar di copy.Tapi saya rasa sekarang ramai yang dah tahu cara nak copy walaupun di buat disable right click kan?Kalau nak buat jugak,ikut tutorial ni.
Mula-mula pergi Dashboard-Design-Page Element-HTML/Javascripts.Dalam ruangan content,letak code ni:

<script>
var message="MESEJ ANDA";
///////////////////////////////////
function clickIE4(){if (event.button==2){alert(message);return false;}}
function clickNS4(e){if (document.layers||document.getElementById&&!document.all){if (e.which==2||e.which==3){alert(message);return false;}}}
if (document.layers){document.captureEvents(Event.MOUSEDOWN);document.onmousedown=clickNS4;}
else if (document.all&&!document.getElementById){document.onmousedown=clickIE4;}
document.oncontextmenu=new Function("alert(message);return false")
</script>

Tukar ayat MESEJ ANDA tu dengan ayat kita sendiri dan Save.Hasilnya akan jadi macam ni:

Tutorial letak icon Top up

Assalamualaikum..

Nampak tak icon yang ditunjuk anak panah tu?Icon tu memudahkan kita dan pembaca kita untuk naik ke atas.Tak payah scroll lama-lama.Tekan je kat situ,dusssss naik ke atas.Seperti biasa pergi Dashboard-Design-Edit HTML-tick Expand Widjet Templates.Sebelum edit apa-apa code,backup dulu yek.Dengan CTRL+F cari code ni:
</body
Bila dah jumpa,letak code yang saya bagi ni kat atas code tadi.
<a  href='#' style='right: 0px; position:  fixed; bottom: 20px;'    title='Back to Top'><img border='0'  height='100'   src='URL  GAMBAR  width='100'/></a>
URL GAMBAR boleh ambik kat mana-mana atau design sendiri dan upload kat photobucket dan ambik direct link sahaja.Height dan width boleh ubah ikut suka hati.Dah siap letak code boleh Preview dan Save.
Kat sini saya ada sediakan sikit freebies.Kalau berkenan bolehlah ambik url dan terus tepek kat blog masing-masing.

Tutorial sroll box untuk bloglist

Assalamualaikum..
Kalau sebelum ni sroll box untuk blog archive,kali ni scroll box untuk bloglist pulak.Seperti biasa contoh orang yang dah pandai buat:
Dan seperti biasa jugak,bukak Dashboard-Design-Edit HTML-tick Expand Widget Templat.Tapi pastikan back up dulu template,takut terjadi perkara tak diingini berlaku.
Dengan CTRL+F,cari nama bloglist kita,contoh kalau bloglist tu kita letak,Blogger otai,Blogger cun ke.Taip  kat kotak find tu...tapi ada jugak yang tak dapat cari,macam saya.Sebelum ni kat bloglist tu saya letak Inspirasi.Bila dah taip kat find,tak jumpa..Puas jugak lah saya pujuk code-code yang banyak tu supaya tonjolkan Inspirasi saya tu..tapi still dia tak layan.Tak putus asa,saya cuba taip Bloglist..baru dapat cari..Kesimpulannya kat sini,try and error ok.
Bila dah jumpa nama bloglist kita,cari code ini,kat bawah nama bloglist kita.
<div class=’widget-content’>
Delete code yang kat atas tadi dan letak code kat bawah ni:

<div class='widget-content' style='overflow:auto; width:220px; height:300px;'>
Pastikan tutup code dengan betul,contoh:< dan >.Tukar width dan height tu dengan ketinggian yang kita nak.Preview dan Save.Selamat mencuba.

Senarai Tutorial

Ini senarai tutorial saya.Senarai ini akan ditambah jika ada yang baru.Sesiapa yang nak copy paste,boleh ajer.Kita sama-sama share ilmu.Harap berguna.Jika ada soalan,tanya ok dan jangan lupa backup dulu templat anda.

 
Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.